top of page
The pocket of love (4).png

Download our FREE Ebook NOW!

TIPS BERTENAGA, ANGGUN SYAWAL INI

  • PT elyana
  • Jun 22, 2017
  • 2 min read

Updated: Jun 3, 2020


MAINTAIN TENAGA DI HARI RAYA

Syawal, siapa yang tidak teruja mendengar perkataan itu? Sambutan utama umat Islam selesai sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Jangan dikata anak-anak, kita sediri teruja ingin menyambut kedatangan syawal. Belum habis Ramadhan pakaian baru, kuih-muih, biskut raya, langsir, kelengkapan semuanya serba indah menyambut Syawal. Tapi jangan lupa, dalam kemeriahannya ibu-ibu perlu menjaga tenaga agar tidak mudah penat di bulan Syawal ini. Kami sediakan beberapa TIPS khas untuk anda! Semoga dapat dipraktikkan.




Bawa air mineral anda sendiri

Sangat penting untuk anda mengekalkan hidrasi saat ini kerana pasti sahaja perjalanan menyembut Syawal bukan berahir dalam masa yang singkat. Dengan cuaca yang tidak menentu, berkemungkinan anda boleh mengalami dehidrasi. Keadaan ini boleh menyebabkan anda mudah pitam malah tidak baik untuk kesihatan kandungan anda. Bukan itu sahaja, kita sangat maklum kebanyakan rumah yang kita lawati pasti menyediakan air manis atau bergas. Gula yang berlebihan mampu mengakibatkan anda lebih mudah dehidrasi. oleh itu kekalkan pengambilan air putih untuk kekal hidrasi.

Pengambilan makanan yang bersesuaian

Makan dan Hari Raya tidak dapat dipisahkan. Jika 10 buah rumah anda ziarah pada hari itu bermakna 10 kali anda makan. Jadi, kawal pemakanan anda mengikut kadar yang sepatunya. Ini kerana makan secara berlebihan menyebabkan ruangan caviti anda menjadi bertambah sempit dan boleh mengakibatkan kesukaran bernafas. Bukan itu sahaja anda juga mungkin boleh mengalami reflux dan akan mengakibatkan ketidakselesaan. Jadikan Hari Raya anda lebih baik dan ceria.

Pakaian yang longgar, Kasut selesa

Berfesyen di bulan syawal memang tak dapat dipisahkan dari kaum wanita yang mahu tampil bergaya. Tapi pemilihan pakaian yang bersesuaian adalah sangat penting untuk keselesaan anda dan bayi dalam kandungan. Pakaian yang terbaik adalah yang longgar dan tidak terlalu ketat. Mungkin anda boleh mencuba baju jenis A cut atau Princess cut yang juga sangat popular sekarang. Pemakaiaannya juga amat memudahkan anda untuk berjalan dan meminimakan penggunaan tenaga.


Penggunaan kasut yang sesuai

Kasut yang dikenakan juga pastikan tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rata. Ini adalah kerana keadaan ibu hamil adalah sangat tidak seimbang dan kasut yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan peratus anda terjatuh meningkat. Berhati-hati. Manakala kasut yang terlalu tipis dan bertapak keras juga tidak sesuai untuk ibu hamil kerana tubuh ibu hamil terpaksa menanggung beban yang banyak dan pastinya tumpuan bebanan itu adalah kepada bahagian tapak kaki dan tumit. jika kasut anda terlalu keras dan rata berat badan anda yang tertumpu disana akan memberikan tekanan yang banyak pada bahagian kaki anda. Pengkahirannya sakit tumit dan tapak kaki adalah aduan lazim yang suami anda akan dengar.

Dengar bahasa tubuh anda!

Ini sangat penting bagi ibu hamil. Ketahui tahap ketahanan anda dan ketahui bahasa tubuh anda dengan sebaiknya. Ada yang terlalu leka beraya hingga tubuh sudah penat digagahi jugak demi nak menyempurnakan pusingan hari raya di rumah sanak saudara. Fuh! Sebaiknya sebelum tiba hari raya anda sudah merancangkan perjalanan hari anda di raya pertama dan seterusnya. Kalau nak redah je semua rumah satu hari memang lembiklah jadinya. Belum dikira makanan yang dah disumbatkan ke dalam perut anda. Para suami juga perlu memahami keperluan isteri anda. Jika nampak mereka sudah penat faham-fahamlah ye.

Selamat hari raya dari kami team MomsFit kepada semua para pembaca dan ibu-ibu yang sedang hamil atau bakal melahirkan. Semoga mendapatkan yang terbaik in shaa Allah.




Comments


bottom of page