top of page
The pocket of love (4).png

Download our FREE Ebook NOW!

[TIPS] 2 Senaman 'On The Go' buat ibu sibuk

  • PT elyana
  • Jun 6, 2017
  • 3 min read

Updated: Jun 4, 2020



Anda seorang ibu yang bekerjaya? Seorang suri rumah sepenuh masa dengan anak-anak kecil? Wow! Anda memang ibu SUPER! Tahniah.

TIADA MASA UNTUK BERSENAM

Masa, menguruskannya memang memerlukan kesabaran dan ketelitian. dengan anak ramai dan norma pekerjaan terasa seperti masa di bumi ini tidak mencukupi, walaupun 24 jam! Nak bersenam lagi? Huh! Mintak diri dulu (angkat kaki). Hampir 9 dari 10 ibu tahu kebaikan senaman semasa mengandung malah doktor juga ada menyarankan untuk kekal aktif semasa mengandung.

Pernah melawat ke wad ibu yang sedang mengunggu masa bersalin? kalau tidak pernah jangan hairan kenapa kebanyakan ibu mundar-mandir macam orang tak tentu arah dalam wad tu, kerana mereka melakukannya untuk percepatkan bukaan. Ada juga yang cuba mencangkung dan macam-macam lagi. Proses ini sebenarnya akan lebih mudah jika amalan senaman sudah diamalkan seawal anda mengetahui bahawa anda sudah berbadan dua! ini bagi persediaan tubuh anda menerima kehadiran insan baru dan apabila melalui proses bersalin nanti.

Tapi tak ada masa nak buat semua tu! Jangan risau, amalkan dua senaman ringkas ini dan anda akan rasakan perubahannya. Ya, senaman ini boleh dilakukan bila-bila masa sahaja walaupun anda sedang beraktiviti. Tidak memerlukan posisi tertentu tapi perlu konsisten dan azam yang kental.

1 - Senaman kegel (Kegel exercise)

Owh, senaman ni! Ya, senaman ini adalah yang paling popular dan sering di dengari kerana keberkesanannya yang sudah dibuktikan oleh ramai pesakit yang mengamalkannya. Senaman ini juga sangat mudah untuk dilakukan selain boleh dilakukan semasa berdiri, duduk, baring malah berjalan! Naik dan turun tangga juga semasa mengangkat barang adalah digalakkan untuk anda mengamalkannya.

cara-cara melakukannya :

  1. Jika ada pertama kali melakukannya posisikan tubuh anda dalam keadaan baring dengan kedua-dua lutut dibengkokkan.

  2. Bayangkan anda sedang menahan kencing

  3. Rasakan pergerakan yang dilakukan oleh tubuh anda.

  4. Ulang pergerakan tersebut sebanyak yang anda mampu.

  5. Untuk lebih effektif setiap kali anda kemut, tahan kemutan selama 10 saat. Untuk lebih advance boleh tambahkan masa anda menahan kemutan ke 15 saat dan seterusnya.

Pastikan anda tidak mengeraskan bahagian peha, punggung dan perut. JANGAN tahan nafas. Bernafas secara biasa atau anda akan memberikan tekanan kepada otot anda.

Tips menarik melakukan senaman kegel

Sekiranya anda sudah mahir melakukan senaman ini anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Norma kawasan bandar raya besar selalu sahaja tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Gunakan masa anda dengan produktif. Bosan? Ini tips menarik melakukan senaman kegel.

Lakukan semasa anda melakukan hubungan intim bersama suami.

Hah, semasa bersama suami anda boleh sahaja melakukan senaman ini dan tanyakan perbezaannya kepada suami anda semasa berhubungan intim. Minta dia menjadi pengukur keupayaan kemutan anda. Otot “PC” (pubococcygeus), adalah antara otot yang bercontraksi (Contract) semasa anda mencapai klimaks (orgasm) jadi dengan memperbaikinya akan membantu anda mencapai orgasm dengan lebih cepat.

2 - Senaman pernafasan (Breathing exercise)

Senaman pernafasan antara senaman yang paling mudah untuk dilakukan namun sangat berguna untuk sesiapa sahaja. Kenapa? Kerana seharian melakukan aktiviti otak anda sudah menggunakan banyak kapasiti tenaganya dan memerlukan banyak oksigen. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan kelesuan dan keletihan berpanjangan. Jadi, rutin ini adalah yang paling ideal membantu anda bertenaga di tempat kerja atau semasa kesibukan sebelum dapat berdampingan dengan katil empuk anda!

  • Letakkan tangan anda dibahagian dada anda untuk merasakan pengembangan paru-paru anda.

  • Tarik nafas melalui hidung (pastikan dada anda mengembang dan bukan mengempis)

  • Hembuskan nafas melalui mulut

  • Seterusnya lakukan cara yang sama tetapi setiap kali anda menarik nafas, tahan nafas anda dalam kiraan 3 hingga 5 saat. Ini bagi membantu oksigen tersebar dengan lebih baik ke seluruh paru-paru anda. Hembuskan nafas melalui mulut.

Nah senaman yang sangat mudah dan boleh dilakukan dimana-mana. Masa jalan jangan feel sangat buat senaman pernafasan sampai tutup mata, bukan apa takut terlanggar orang atau dinding je. Masa tunggu traffic light hijau pon kena berhati-hati. Sebab kalau lambat jalan kan ke menaikkan darah orang lain. Ahaks! selamat mencuba.

Comments


bottom of page