[SENAMAN] 5 Tips keselamatan bersenam
- PT elyana
- May 18, 2017
- 2 min read
Updated: Jun 4, 2020

JOM BERSENAM!
Dah berkobar-kobar nak bersenam tapi masih ada ragu-ragu tentang senaman. Tidak perlu bimbang. Ikuti tips ini supaya anda lebih peka dengan keadaan tubuh anda semasa melakukan senaman. Perlu anda tahu senaman adalah selamat sekirannya BETUL! Jadi pastikan senaman yang anda lakukan adalah bersesuaian dengan anda.

1 - PAKAIAN
Pakaian adalah faktor penting dalam menjalankan aktiviti bagi menjadmin keselesaan semasa bersenam juga mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan yang tidak disangka. Pakaian terbaik adalah yang longgar dan mudah serap peluh. Bagi ibu-ibu yang sudah berada pada trimester ke-3 dinasihatkan memakai ‘supportive bra’ untuk lebih selesa. Pemakaian legging adalah tidak digalakkan. Sebainya anda memakai seluar yang longgar untuk memudahkan pergerakan.
2 - TEMPAT
Perlu anda pastikan kawasan anda melakukan senaman adalah selamat, tidak berada di bawah panas terik, mempunyai pengudaraan yang baik. Juga lantai yang tidak licin. Anda dinasihatkan menggunakan exercise mat atau yoga mat untuk keselesaan sekiranya melakukan senaman yang memerlukan anda berbaring juga mengelakkan licin disebabkan permukaan lantai.

3 - MAKAN/MINUM
Ini adalah antara perkara yang ramai tidak tahu atau tahu tapi buat-buat tak tahu. Pengambilan makanan perlulah 30 minit hingga 1 jam sebelum atau selepas senaman. Bergitu juga pengambilan air yang banyak. Semasa anda menjalankan senaman dibolehkan meminum air putih tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Ini adalah bagi mengelakkan komplikasi dan ketidak selesaan semasa menjalankan senaman.
4 - RED ALERT
Red Alert adalah tanda-tanda amaran yang diberkan oleh tubuh anda isyarat untuk anda memperlahankan aktiviti atau terus berhenti. Sangat penting anda memantau tanda-tanda merah ini supaya anda tidak melepasi tahap ketahanan tubuh anda. Keadaan ini jika tidak dipantau akan memburukkan keadaan anda. Jadi, anda harus peka dengan bahasa tubuh anda.
5 - SENAMAN
Pastikan senaman yang anda lakukan adalah bersesuaian dengan anda. Keputusan terbaik adalah anda menyertai kelas-kelas anjuran fisioterapi bertaulian bagi mempelajari teknik senaman yang selamat dan cara-cara mengenal pasti senaman yang bersesuaian dengan anda. Jika anda menyertai aktiviti senaman lain seperti yoga atau pilates pastikan pengamal itu mempunyai tauliah untuk mengajar (kebanyakan fisioterapi juga ada yang bertauliah mengajar pilates). Ingatan buat mereka yang mempunyai kondisi pula dinasihatkan mendapat nasihat doktor dan sebaiknya melakukan senaman dibawah seliaan fisioterapi. Ini kerana kami lebih sinonim mengendalikan kondisi.
Commentaires