top of page
The pocket of love (4).png

Download our FREE Ebook NOW!

[SENAMAN] selamat ke?

  • PT elyana
  • May 16, 2017
  • 2 min read

Updated: May 8, 2020


SENAMAN YANG SIHAT

Senaman semasa mengandung bukan lagi satu keanehan atau kejanggalan bagi ibu-ibu yang mengandung di zaman serba internet ini. Kebanyakannya juga sudah arif tentang kelebihan senaman. Tapi tidak terkecuali yang masih samar-samar dan tidak yakin akan keupayaan senaman. Betul ke ia selamat? Bagaimana dikatakan ia selamat? Persoalan yang sering bermain dalam fikiran ibu-ibu. Sebenarnya senaman semasa mengandung adalah sangat selamat malahan dapat memberi anda pelbagai kebaikan semasa mengandung dan selepas bersalin. tambahan dapat memendekkan masa bersalin anda. Yeke?

Ya! Namun harus diingatkan bahawa senaman yang anda lakukan adalah memerlukan pemerhatian dan tunjuk ajar mereka yang arif dalam senaman. Ini kerana anda sedang cuba menjadi aktif untuk bertambah cergas dan bukan menempah sakit! Benar, senaman kelihatan amat mudah dikendali dengan tutorial dari youtube dan apa sahaja medium di laman sosial. Tapi sudahkan anda siasat latar belakang mereka yang memberikan descripsi senaman kepada anda? Adakah mereka benar-benar mahir tentang senaman dan kondisi? Atau sekadar memimik individu lain di laman sosial.

Keselamatan anda adalah bergantung kepada keputusan anda memilih langkah terbaik menjadi sihat semasa hamil (antenatal) dan selepas bersalin (postnatal). Seperti yang dinyatakan seorang pakar O&G dari Amerika Syarikat, Laura Riley MD. Seorang pakar sakit puan dan juga penulis buku Pregnancy: You and your baby. mengetengahkan kelebihan tentang senaman.

"You need to be physically active during pregnancy. It has terrific benefits that are associated with a better pregnancy outcome and even shorter labors. It's a win-win for baby and for mom,"

sebuah kajian telah dijalankan oleh beberapa orang doktor di School of Psycological Science, 2007, Asutralia. Issue 4 vol 25, page 430-438 (midwifery) telah merekodkan tanggapan ibu mengandung tentang senaman dan kekerapan mereka melakukannya seiiring dengan pertambahan minggu kehamilan (trimester). Kajian ini mendapati seramai 158 orang ibu yang terlibat bersetuju bahawa senaman adalah selamat dengan kadar impak senaman yang rendah hingga sederhana walaupun berintensiti tinggi termasuk senaman menggunakan beban.

Namun apa yang terjadi setelah beberapa bulan mereka melakukan kajian ini, ibu-ibu ini semakin tidak consisten dan terus mengurangkan kadar senaman hingga satu saat mereka terus tidak melakukannya! Antara alasan yang diberikan adalah kepenatan dan tidak sihat, terlalu sibuk, ibu-ibu yang berada dalam trimester akhir menyatakan bahawa senaman membuatkannya tidak selesa.

sesuatu yang menarik di sini adalah bagaimana senaman membuatkan individu kepenatan dan tidak selesa sedangkan seharusnya dia menjadi lebih cergas dan ceria?

Kajian yang dijalankan oleh Ann Goodwin, Jill Astbury, Joan McMeeken dari Australia pada tahun 2000 menunjukkan keputusan yang berbeza. Sejumlah 43 orang ibu mengandung dibahagiakan kepada dua kumpulan (25 melakukan senaman, 18 tidak bersenam). Pengakhirannya ibu yang bersenam memberikan maklum balas bahawa mereka kurang mengalami penat, imsomnia dan mempunyai tahap psikologi yang sihat.

TAHUKAH anda apa perbezaan yang terdapat antara kedua-dua kajian terbabit? Kajian pertama yang memberikan keputusan senaman membuatkan mereka tidak selesa dan penat adalah tidak dikendalikan dibawah pengawasan Physiotherapist manakala kajian yang menunjukkan senaman membantu adalah dibimbing penuh oleh ahli Physiotherapist ISIS Primary Care - Hobsons Bay PO Box 36 Deer Park Vic 3023 Australia.

Jadi persoalan sebenar tentang keberkesanan serta keselamatan senaman anda semasa mengandung bukanlah pada senaman itu sendiri tapi pada siapa yang anda letakkan kepercayaan anda. Adakah youtube? Artikle google? atau mereka yang bertauliah mengajarkan senaman. Keputusan di tangan anda.

Siti Nur Elyana Mohd Adnan

Physiotherapy, Leader of Momsfit team

Comments


bottom of page