top of page
The pocket of love (4).png

Download our FREE Ebook NOW!

[SENAMAN] Amalan terbaik selepas bersalin

  • PT elyana
  • May 19, 2017
  • 2 min read

Updated: May 8, 2020


Penatlah jangan kacau!

Selepas bersalin boleh dikatakan saat-saat paling memenatkan tidak kiralah samada ibu itu bertarung nyawa bersalin secara normal atau pembedahan. Kadua-duanya mempunyai risiko tersendiri. Sebuah kajian dijalankan oleh American college of Sport Medicine menyatakan sebanyak 2/3 dari wanita mengalami masalah tidak cukup tidur dalam masa 12 bulan pertama selepas kelahiran. ini kerana perubahan jadual yang drastik, masa menyusukan anak, waktu tidur si manja juga keperluan mengimbangi jadual baru dengan tugasan harian lain menjadi faktor utama kurangnya minat kepada senaman. Dibimbangi senaman mendatangkan tekanan kepada ibu.

Jadi kebimbangan itu menjadi salah satu tajuk kajian mereka. Adakah senaman selepas bersalin benar-benar memberi kesan negatif kepada ibu? Konklusi mereka jumpai jauh berbeza dengan tanggapan para ibu!

"Mereka yang tidak melakukan senaman atau aktiviti yang cergas merekodkan peningkatan berat badan selain mudah kepenatan, pengurangan kekuatan fizikal dan kesihatan juga direkodkan. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko menghidap penyakit kronik,"

Kelebihan senaman selepas bersalin direkodkan oleh mereka yang mengamalkan senaman secara konsisten dalam kajian berkenaan menunjukkan perubahan yang sangat positif.

  • Peningkatan kekuatan fizikal dan kesihatan, kurang penat

  • Meningkatkan mental acuity (fokus, memori, konsentrasi dan pemahaman)

  • Meningkatkan mood yang baik

  • Mningkatkan fitness (kecergasan) tubuh

  • Galakan berat kembali kepada asal

  • Mengurangkan risiko masalah kesihatan kronik

  • Memberikan masa untuk ibu dan interaksi sosial

BONUS

Senaman ringkas tapi berkesan selepas bersalin. Boleh diamalkan sehari selepas kelahiran. Nak amalkan sejurus selepas bersalin pun boleh, sebab sangat mudah dan ringkas.

Senaman Static Abdominal (Ketatkan perut)

Senaman ini sangat membantu terutamanya ibu-ibu yang mengalami pengalaman bersalin secara pembedahan (LSCS/ELSCS). Disebabkan luka yang dialami mereka adalah sangat tidak digalakkan memakai bengkung. Jadi, solusi terbaik menguatkan semual otot abdominal adalah dengan melakukan senaman ini. Pssss, ibu-ibu lain pun boleh amalkan kerana senaman ini antara rahsia mendapatkan bentuk perut idaman anda! Harus konsisten. Pembentukan otot bukan serta merta tapi pengakhirannya memuaskan.

  • Posisikan diri anda dalam keadaan berbaring dengan kedua-dua lutut dibengkokkan.

  • Letakkan tangan anda di bahagian perut sebagai titik fokus aktiviti anda dan untuk lebih mudah merasakan pergerakan yang betul pada otot anda.

  • Tarik perut anda ke dalam tanpa perlu menahan nafas. Boleh?

  • Jika tidak, bayangkan anda akan melalui jalan yang sangat sempit dan jauh. Kempiskan perut tapi teruskan bernafas.

  • Tahan dalam kiraan 10 (10 seconds hold) dan ulang semula sebanyak 5 kali. Anda boleh menaikkan repitisi mengikut kemampuan. Jika tidak mahu menambah repitisi tambahkan kepada kiraan untuk bertahan (seconds hold)

NOTA KASIH : Sekiranya anda sudah memahiri senaman ini anda boleh amalkan semasa melakukan aktiviti harian seperti berjalan, memandu, angkat barang dan sebagainya. Selamat Mencuba! Jika masih ragu-ragu jangan segan bertanya.

 
 
 

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page