Menu Hamil
- Elyana Adnan
- Jun 9, 2020
- 3 min read
Pemakanan adalah antara yang kerap menjadi persoalan ibu-ibu yang baru hamil. Adakah makanan rutin seperti sebelum ini mencukupi jika diteruskan semasa mengandung? Selalu kita dengar orang tua-tua kata makan apa sahaja yang anda mahu. Makan harus banyak untuk dua orang. Tapi bagaimana pemilihan pemakanan itu dikatakan mencukupi keperluan anda semasa hamil? Bagaimana pula jika ia lebih menjuruskan anda ke arah obesiti?

Kerana itu kita perlukan rujukan bagi menentukan makanan yang perlu kita ambil semasa hamil bagi memastikan keperluan ketika hamil mencukupi selain mengelakkan obesiti. Keperluan anda bukan sahaja untuk anda tetapi merupakan sumber utama nutrisi untuk bayi dalam kandungan anda. Oleh itu, keperluan makanan yang sihat adalah sangat penting untuk perkembangan dan tumbersaran bayi anda.
Wanita hamil memerlukan lebih banyak calcium, folic asid, iron dan protein daripada wanita yang tidak mengandung mengikut American College of Obstetrician and Gynecologists (ACOG), berikut adalah empat nutrisi yang penting untuk anda.
Folic Acid
Dikenali juga sebagai folate apabila ditemui di dalam makanan. folic acid adalah B vitamin yang sangat penting dan diperlukan dalam mengelakkan kecacatan semasa lahir kepada otak dan saraf tunjang bayi yang dikenali sebagai neural tube defect. Dibawah adalah contoh kondisi yang boleh disebabkan oleh Neural tube defect.

Gambar rujukan The New England Journal of Medicine (nejm.org)

Menurut livescience.com adalah amat sukar untuk mendapatkan cukup folic acid dalam pengambilan makanan harian dan oleh kerana itu, disarankan bagi wanita yang merancang untuk mengandung bagi mengambil suplimen harian iaitu yang mengandungi 400 micrograms folic asid sehari sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil. Manakala jika anda hamil, anda disarankan mengambil 600 micrograms sehari. Kandungan ini seringkali dijumpai dalam pil harian yang anda perolehi dari klinik kehamilan.
Sumber dari makanan adalah sayuran hijau, bijirin, roti, pasta, kacang dan buah-buahan sitrus.

Calcium
Mineral ini sangat penting untuk pertumbuhan gigi dan tulang bayi. Jika keperluan tidak mencukupi, Calcium itu akan diserap dari ibu yang terdapat didalam tulangnya diberikan kepada bayi untuk memenuhi keperluan lebihan semasa hamil tersebut. Menurut kajian Academy of Nutrition and Dietetics, kebanyakan produk tenusu mengandungi Vitamin D nutrisi lain yang berperanan seperti calcium dan membantu dalam pertumbuhan tulang dan gigi bayi.
Wanita mengandung yang berusia 19 tahun dan ke atas memerlukan 1,000 miligrams calcium sehari. Sumber makanan susu, yogurt, cheese, makanan dan minuman kaya calcium, sardin, salmon, sayuran (kale, bok choy).
Iron (Zat Besi)

Wanita hamil memerlukan 27 miligrams iron sehari iaitu dua kali ganda kuantiti yang diperlukan wanita yang tidak hamil. Nutrisi tambahan diperlukan untuk menjana darah baru bagi keperluan oxygen kepada bayi. Jika tubuh anda mengandungi kadar iron yang sedikit, anda boleh mengalami anemia suatu kondisi yang memyebabkan kelesuan dan peningkatan kadar infeksi.

Bagi meningkatkan kadar serapan iron, menurut ACOG ambil bersama makanan atau minuman yang kaya vitamin C semasa pengambilan makanan yang tinggi iron. Sumber makanan kaya iron, daging, ikan, kacang, peas, bijirin tinggi iron.
Protein

Protein juga amat diperlukan semasa hamil tetapi kebanyakan wanita hamil tidak mempunyai masalah dalam mendapatkan makanan yang kaya dengan protein dalam diet hariannya. Menurut Sarah Krieger seorang dietitian Academy of Nutrition and Dietetics, protein digambarkan sebagai "a builder nutrient" kerana membantu dalam pembentukan organ-organ penting bayi seperti otak dan jantung.

Sumber makanan adalah seperti daging,
ikan tofu, telur, kekacang, peas,
Jadi pilihlah makanan anda mengikut keperluan dan bukan mengikut kehendak. Ini adalah bagi membantu dalam pertumbuhan bayi anda juga menjada diri anda dari sebarang komplikasi. Jika anda inginkan maklumat lanjut berhubunglah dengan dietitian anda melalui doktor di klinik prenatal yang anda kunjungi.
Comments