top of page
The pocket of love (4).png

Download our FREE Ebook NOW!

POUCH!

  • Writer: Elyana Adnan
    Elyana Adnan
  • Jun 11, 2020
  • 2 min read


Ramai yang menganggap ia adalah satu fenomena biasa ibu bersalin tetapi tidak ramai yang tahu apa sebenarnya yang terjadi lebih sedikit yang ambil peduli tentangnya. Ya! ia adalah perut kita atau dikenali juga sebagai ABDOMINAL. Kenapa perlu kita ketahui lebih lanjut berkaitan ini? Kerana Abdominal adalah antara core mucsle (atau otot utama) menyokong postur kita, pergerakan dan bahagian atas juga bahagian bawah tubuh. Jika core ini tidak kuat maka akan hadir lebih banyak masalah lain yang kita sangka adalah kesan sampingan.


Mengikut kajian Corso et al. Obstet Gynecol cases Rev 2016, 75% wanita hamil akan mengalami sakit belakang selepas bersalin. HIPPOKRATIA 2011, dalam kajiannya Pregnancy-related low back pain menyatakan bahawa sakit belakang boleh disebabkan pelbagai faktor seperti hormon, mekanikal (posture) dan lain-lain.


Muscle core (abdominal) sering diperkatakan dalam industri fitness (kecergasan) untuk menjelaskan tentang senaman yang boleh memperbaiki keseimbangan tubuh dan mengurangkan sakit belakang (Richardson et al, 1999) . Sebagai contoh semasa anda hamil, uterus (rahim) anda akan membsar menyebabkan pusat graviti (centre of gravity) tubuh anda berubah. Pertambahan kepada lekuk belakang anda (Lordosis) dan pembesaran rahim memberikan tekanan kepada otot abdominal dan otot belakang. ini mengakibatkan otot tersebut menjadi lemah terus menyumbang kepada kondisi lain.


Untuk hari ini kondisi yang akan kita bincangkana dalah Diastasis Recti atau dikenali sebagai abdominal seperation atau abs seperation (pouch). Rectus abdominis adalah sebahagian dari otot abdomen (core muscle) yang sangat penting dalam mengekalkan kestabilan tubuh dan menggerakkan tulang belakang (spine) Diastasis Recti terjadi apabila dua otor Rectus abdominis terpisah sepanjang linea alba (penyambung antara dua otot ini).




Menurut Journal of Diseases, 2016. 35-60% wanita boleh terjejas oleh Diastasis recti abdominis (DRA) ini. Kajian juga menunjukkan dengan menguatkan otot Recti abdominis boleh mengurangkan jarak antaranya. Sesi Physiotherapy yang dijalankan dalam kajian menunjukkan pesakit mengambil masa 3 bulan untuk kembalikan recti ke posisi normal. Ini menunjukkan bahawa senaman core muscle yang konsisten boleh membantu anda mengurangkan POUCH tersebut!


Di sini kami sertakan senaman yang boleh anda lakukan untuk menguatkan otot core ini.



Sit up.

Ini adalah Sit up permulaan bagi anda yang tidak pernah melakukan senaman sebelum ini. jika anda seorang wanita yang aktif bersenam anda boleh lakukan sit up intermediate atau advance mengikut kemampuan anda. Tahan selama 10 saat dalam posisi 2 sebelum kembali ke posisi 1. Ini kerana senaman ini adalah bertujuan mendapatkan kontraksi otot. Ulangan adalah sebanyak 10 kali, 3 set.


Bridging.


Untuk senaman ini anda hanya perlu baring dan angkat punggung. Tahan dalam posisi berkenaan selama 10 saat, ulangan 10 kali, 3 set.




Selamat mencuba! Sharekan pengalaman anda di page kami untuk kami bantu.

 
 
 

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page