Mual!
- Elyana Adnan
- Jun 4, 2020
- 3 min read
Seringkali menjadi tajuk perbualan hangat apabila anda hamil. Selain mengidam pasti sahaja anda diingatkan tentang 'Morning sickness' atau mual semasa hamil. Pelbagai pengalaman dikongsi dari kesukaran untuk makan, penurunan berat badan, keletihan yang melampau, dan kesukaran menjalankan aktiviti seperti biasa. Untuk isu kali ini perkara ini akan kita kupas untuk pengetahuan yang lebih lanjut mengenai 'Mual' atau 'Morning Sickness' ini.

Menurut evolutionary biologist dari Cornell University (news.cornell.edu) Morning sickness adalah cara semulajadi tubuh melindungi ibu semasa proses pertumbuhan fetus yang penting daripada penyakit yang berkaitan dengan makanan dan melindungi fetus dari kimia berbahaya. Ia dialami oleh 2/3 wanita mengandung. Mereka yang telah mengkaji beribu kehamilan yang berjaya dan tidak berjaya membuat konklusi bahawa 'Morning Sickness' ini adalah lebih kepada perlindungan dari penyakit (Sickness) Kajian mereka dalam isu The Quarterly Review of Biology (Vol. 75, No. 2, pp. 113-148, June 2000), Samuel M. Flaxman and Paul W. Sherman.
Lanjut mereka lagi keadaan ini menjelaskan kenapa kebanyakan wanita mengandung mengalami alahan (aversion/ keengganan) kepada daging bergitu juga sesetengah jenis sayuran dan minuman berkafein pada awal kehamilan dan lebih memilih makanan yang (bland - tasting food) tidak banyak rasa (hambar). Mereka menegaskan kajian mereka membuktikan bahawa 'Morning Sickness' adalah bagi melindungi ibu dan bayi yang bakal lahir.

Mengikut Dr. Jennifer Niebly, head of obstetrics and gynecology at University of Iowa College of Medicine, menjelaskan bahawa 'Morning sickness' ini adalah tidak diketahui puncanya. Namun teori yang agak popular mengatakan ia adalah disebabkan oleh hormon kehamilan (hCG) human chorionic gonadothropin yang dihasilkan dengan banyak semasa trimester pertama kehamilan.
Namun bergitu, walauapapun sebabnya perlu anda tahu setiap sesuatu yang terjadi itu Allah s.w.t menjadikannya mempunyai sebabnya tersendiri. Jadi jangan terlalu bimbang okay! Anda bukan keseorangan. Kajian menunjukkan 90% wanita mengandung mengalami 'Morning sickness' dan ia merupakan satu petanda yang baik! Kajian mengatakan bahawa wanita mengandung yang mengalami 'Morning sickness' menunjukkan bahawa Placentanya berfungsi dengan sangat baik. Bukan itu sahaja kajian juga mengatakan bahawa wanita yang mengalami 'Morning sickness' adalah kurang risiko keguguran (miscariage). Masih, dari banyak kebaikan 'Morning sickness' gejalanya adakala sangat tidak menyenangkan. Oleh itu kami sediakan beberapa tips untuk membantu anda menangani 'Morning sickness' Yea!
TIPS MENGURANGKAN MORNING SICKNESS

1. Pilih makanan yang bersesuaian
Menurut Encyclopedia of Women’s Health, pilih makanan seperti mana bayi anda makan. Tidak banyak perasa. (boring, bland food). Pilih makanan yang tinggi Protein, kurang lemak dan mudah untuk dihadam. Elakkan makanan berminyak, pedas dan berlemak.
Kenalpasti makanan yang boleh 'triggers' rasa mual anda. Elakkannya.
2. Pastikan perut anda tidak kosong. Lazimkan 'snack'
Hal ini kerana perut kosong boleh menyebabkan mual anda bertambah teruk. Elakkan mengambil makanan berat sekali gus ini keranan ia akan menyebabkan perut anda terlalu penuh. Ambil 'snack' seawal anda bangun tidur serta makan dalam jumlah yang terkawal.
3. Minum banyak air
Anda dinasihatkan untuk minum banyak air yang tidak berkafein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
4. Pastikan anda mengambil vitamin yang disarankan doktor
Sekiranya keadaan bertambah teruk atau tiada perubahan , pastikan anda mendapatkan nasihat dari doktor.
(Rujukan dari mayoclinic.org)
5. Hidu bauan yang menyenangkan dan segar
Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab kepada deria bau dan jika anda adalah seseorang yang mempunyai hormon Estrogen yang tinggi sewaktu hamil, anda akan mempunyai hidung yang lebih sensitif. Bauan yang tidak menyenangkan atau tajam adakala membuatkan anda terasa mual.
Jadi alihkan perhatian deria bau anda kepada bauan yang menyenangkan anda samada ia bau lemon, bunga ros kegemaran anda atau sekadar bau udara dipagi hari.
(Rujukan dari parents.com , Miriam Erick, a senior dietician and nutritionist at Brigham and Women's Hospital in Boston)
Selamat mencuba tips kami ini dan jangan lupa like dan share info ini untuk tatapan mereka yang memerlukan. Follow kami dipage untuk lebih banyak info tentang kehamilan! Have a wonderful day!
Comments