Kemahiran Normal Anak Yang Semua Ibu Perlu Tahu
- PT elyana
- May 20, 2017
- 2 min read

Anak saya normal ke?
Ramai ibu-ibu memfokuskan perkembangan bayi minggu demi minggu semasa di dalam kandungan tapi bagaimana pula dengan perkembangan mereka setelah itu? Kebanyakan ibu bapa menyangka lambat melakukan sesuatu aktiviti dikira sebagai 'biasa' dan rujukan mereka adalah anak mereka yang sebelumnya (jika sudah mempunyai anak) ataupun anak kepada ahli keluarga yang terdekat lain. Bukan habis setakat itu sahaja, ada ibu bapa yang tidak ambil pusing tentang perkembangan anak biarpun sudah menerima rawatan dengan fisioterapi.
"Anak kau tak jalan lagi? Dia dah nak masuk 1 tahun 2 bulan kan?"
"Aah, tak ade apelah. Abang die pon dulu lewat jugak sekarang elok je,"
"Misi kau tak tanya ke?"
"Ada, die suh jumpe doktor tapi nak buat apa anak aku sihat. Lambat sikit je,"
Rasa macam pernah dengar ke? Jika ya pastikan anda lebih peka dengan perkembangan anak anda. Sekiranya rawatan di klinik memerlukan anda bertemu doktor hadirkan diri demi anak-anak. Ini kerana perkembangan yang lambat mungkin adalah disebabkan sesuatu yang tidak kita jangka. Antara penyebab mungkin juga masalah neurologi atau fizikal itu sendiri.

Contoh yang dapat saya berikan adalah satu kes yang pernah saya rawat berkaitan seorang anak kecil berusia 8 bulan dan masih tidak mampu duduk dengan sendiri. Setelah dibawa berjumpa pakar kanak-kanak mereka mengesahkan anak tersebut mengalami Gross Motor Delay (GMD) iaitu satu keadaan dimana anak ini dikatakan lambat dari segi motor kasar. Setelah diteliti dan diperhatikan ada sesuatu yang menggangu saya. Agak lama juga saya perhatikan setiap gerak gerinya dan akhirnya saya dapati dia bukan lambat tetapi mengalami ketat pada bahagian sisi pinggang (trunk) di mana rotasi pinggangnya adalah terbatas (Limited trunk rotation). Jadi rawatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan ketat di bahagian pinggang dan kehadiran kali ke dua buat ibu bapanya tersenyum.
"Anak saya dah boleh duduk sendiri, dah makin laju merangkak."
Namun, perlu saya tegaskan perkembangan kanak-kanak adalah memerlukan penglibatan dari ibu bapa. Jika anda tidak mahu mengambil bahagian tetapi mahu anak anda berjaya, lupakanlah cita-cita itu kerana kes yang kurang penglibatan ibu bapa atau penjaga agak susah untuk menunjukkan sebarang perubahan yang positif. Sokongan ibu bapa adalah kunci terbaik kejayaan anak-anak anda.
BONUS
PERKEMBANGAN MOTOR KASAR


Comments