top of page
The pocket of love (4).png

Download our FREE Ebook NOW!

[INFO HAMIL] Placenta Previa dan senaman

  • PT elyana
  • May 31, 2017
  • 1 min read

Updated: Jun 3, 2020


APA ITU PLACENTA PREVIA?

Placenta previa adalah keadaan di mana uri berada pada kedudukan yang rendah mendekati bukaan rahim. Keadaan ini adalah salah satu komplikasi semasa hamil yang kebanyakan kita tidak tahu malah ada yang tidak penah dengar. Namun di zaman teknologi ini placenta previa ini dapat dikesan awal sebaik sahaja anda disahkan mengandung melalui alat ultrasonography.

Ibu yang mengalami masalah ini berisiko menghadapi pendarahan semasa fasa trimester ke tiga. Ini kerana bayi berada dalam kedudukan bersedia untuk bersalin. Hal ini menyebabkan tekanan kepada uri yang berada berdekatan bukaan (partial) atau sepenuhnya (complete) menutupi bukaan. Keadaan ini juga boleh jadi berbahaya apa bila proses kelahiran berlaku kerana risiko pendarahan boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi.

TAHAP- TAHAP PLACENTA PREVIA

Placenta previa adalah tebahagi kepada empat tahap

Stage 1

Kedudukan uri adalah di bahagian atas rahim namun sebahagiannya mengunjur ke bahagian bawah rahim

Stage 2

Kedudukan uri mendekati cervix (bukaan rahim) tetapi tidak meliputinya.

Stage 3

Keduduakan uri meliputi sebahagian bukaan.

Stage 4

Uri menutup keseluruhan cervix (bukaan rahim)

Seriusnya! Macam mana nak bersenam macam ni?! Bertenang. Seperti yang kami ketengahkan sebelum ini setiap ibu mengandung malah individu normal juga amat digalakkan melakukan senaman untuk kekal sihat dan aktif. tapi, perlu anda tahu dan peka dengan bahasa tubuh anda juga pastikan anda memaklumkan kepada doktor bahawa anda ada melakukan senaman sebagai rutin. Lebih baik dan sangat-sangat kami sarankan anda yang pertama kali melakukan senaman atau tidak yakin dengan senaman yang sesuai mendapatkan tunjuk ajar dan seliaan Fisioterapi terlatih. Malah kami sering menegaskan mereka yang bersama kami dan mempunyai kondisi untuk membawa surat pengesahan doktor bahawa mereka selamat melakukan senaman.


 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page