top of page
The pocket of love (4).png

Download our FREE Ebook NOW!

[RAMADHAN] Boleh ke puasa?

  • PT elyana
  • Jun 7, 2017
  • 3 min read

Updated: Jun 3, 2020


Berpuasa di bulan Ramadhan adalah satu kewajipan bagi umat islam. Namun ada ruhsakh tersendiri bagi ibu-ibu mengandung. Namun, sebuah kajian telah dijalankan dan mendapati 3/4 ibudi seluruh dunia yang hamil mahu berpuasa di bulan Ramadhan. Bukan sebab malas nak ganti tapi nak merasai kemeriahan bulan barakah, betul tak? Tetapi sebelum anda menetapkan hati untuk berpuasa ada beberapa perkara yang perlu anda lihat dan teliti terlebih dahulu. Ini bukan hendak meruntuhkan semangat anda berpuasa tapi sebagai langkah keselamatan untuk anda dan kandungan anda.

1 - Nyatakan hasrat anda kepada doktor anda

Pastikan anda berbincang dahulu dengan doktor anda bagi memastikan bahawa kesihatan anda adalah bersesuaian untuk menjalankan ibadah puasa. Ini kerana sekiranya anda mengalamai masalah seperti darah tinggi semasa mengandung, diabetik dan sebagainya, anda memerlukan penjagaan yang lebih dari ibu-ibu yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Kajian berkaitan ibu yang berpuasa di bulan Ramadhan

Beberapa kajian telah dijalankan bagi melihat kesan ibu yang berpuasa kepada kandungan. Antara keputusan kajiannya adalah :

  • Kiraan apgar score bagi bayi yang lahir dari ibu yang berpuasa semasa bulan Ramadhan dan yang tidak berpuasa adalah sama.

  • Ibu yang berpuasa merekodkan berat bayi yang lebih kecil terutama apabila berpuasa pada fasa trimester pertama. Namun peratus perbezaan adalah sangat rendah.

  • ada yang merekodkan bahawa bayi ibu yang berpuasa kelihatan lebih kurus dan pendek. Sekali lagi peratusan ini sangatlah rendah.

2 - Pantau pemakanan dan aktiviti fizikal anda dalam bulan Ramadhan

Pemakanan yang betul dan seimbang amatlah diperlukan dalam bulan Ramadhan supaya anda dapat kekal cergas dan bayi anda juga mendapatkan nutrisi yang cukup. Berbincang dengan pakar pemakanan anda untuk lebih tahu berkaitan makanan yang bersesusaian semasa bulan Ramadhan.

TIPS PEMAKANAN SEMASA BULAN RAMADHAN

Sahur : amalkan pengambilan makanan yang memerlukan masa untuk dihadam dan mempunyai banyak tenaga untuk mengekalkan kecergasan anda sepanjang hari. Makanan yang mengandungi fibre memerlukan masa yang lama untuk dicerna jadi jangan lupa masukkan dalam menu sahur anda!

contoh makanan : buah-buahan dan sayuran, kekacang dan oat serta gandum.

NOTIS : Pastikan anda tidak lupa bangun bersahur, penting!

Berbuka : Makanan semasa berbuka sepatutnya adalah hidangan dan bukan pesta makanan! segelas jus buah-buahan dan bebrapa biji kurma adalah antara cara berbuka yang terbaik dan dapat memberikan anda tenaga dan kesegaran yang anda perlukan. Ini juga boleh disertakan dengan produk tenusu (susu) untuk membantu anda mendapatkan kalsium yang mencukupii.

Contoh hidangan : segelas air susu dan kurma atau yogurt dan buah-buahan.

Hidangan berat berbuka

Pastikan hidangan anda memberikan nutrisi yang mencukupi untuk anda dan bayi anda. untuk jumlah makanan yang sesuai dan pilihan yang baik anda boleh rujuk 'eatwell guide' ini.

  • Pilihlah carbohidrat yang compleks (membantu membekalkan tenaga secara perlahan) sebahagian pilihan adalah brown rice atau beras basmati, kacang dan oat, roti seperti capati, atau pasta.

  • Makanan bergula mudah menaikkan tahap gula dalam darah anda dan turun dengan cepat. ini akan menyebabkan anda merasa cepat penat dan lapar jadi adalah dinasihatkan untuk mengelakkan makanan seperti ini

  • Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak seperti roti canai, mee goreng dan ayam goreng yang memerlukan minyak yang banyak. gantikan makanan bergoreng dengan bakar. Tapi ada makanan yang berlemak namun baik untuk anda seperti ikan goreng, kacang yang membekalkan tenaga untuk anda dan bayi.

  • Sertakan juga susu untuk sumber kalsium kepada bayi anda. Boleh cuba yogurt dan cheese. Jika anda bukan peminat susu maka boleh pilih makanan lain yang mengandungi kalsium seperti sayuran hijau, susu soya dan nasi.

  • Pastikan anda minum air yang mencukupi semasa sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi (kurang air). Tidak digalakkan meminum minuman berkafien kerana boleh menyebabkan anda selalu kencing (kurangkan air dalam badan)

Apa jadi kalau kurang air semasa mengandung (dehidrasi)?

Ibu mengandung sangat memerlukan air yang banyak, malah lebih banyak dari skala orang yang normal ini kerana air memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan bayi yang sihat. Air membantu membentuk uri (placenta) dimana pembekalan nutrien kepada bayi semasa mengandung. air juga diperlukan untuk membentuk kantung rahim (amniotic sac) semasa tumbesaran kandungan. Jadi adalah sangat penting untuk anda kekal hidrat.

KESAN DEHIDRASI

  • pembentukan otak, tulang belakang dan cord spinal yang tidak normal pada bayi (neural tube defects)

  • Kurang air ketuban (low amniotic fluid)

  • Kurang pengeluaran susu (inadequate breast milk production)

  • Kelahiran prematang (premature labor)

Alhamdulillah, ini adalah yang perlu anda tahu sekiranya anda memilih untuk berpuasa. Bagaimanapun, untuk lebih yakin sebainya anda mendapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan anda.

Index.

Apgar score : A measure of the physical condition of a newborn infant. It is obtained by adding points (2, 1, or 0) for heart rate, respiratory effort, muscle tone, response to stimulation, and skin coloration; a score of ten represents the best possible condition.

Siti Nur Elyana Mohd Adnan

Physiotherapist, Leader of Momsfit team


 
 
 

Recent Posts

See All

留言


bottom of page