top of page
The pocket of love (4).png

Download our FREE Ebook NOW!

Double line!

  • Writer: Elyana Adnan
    Elyana Adnan
  • Apr 13, 2019
  • 2 min read

Updated: Jun 2, 2020



Debaran terasa semakin kencang, aku seorang ibu?! Allahuakhbar. Mampukah aku? Apa yang aku perlu lakukan seterusnya? Persediaan apa nak buat? Bolehkah aku didik anak aku nanti jadi insan yang baik? Macam mana bila perut dah besar nanti? Macam mana nanti bila nak beranak? Sakit sangat ke? Kalau kena operation? Fikiranku mula melontarkan persoalan bertubi-tubi. Aku terasa resah dalam kegembiraan.


Pandangan aku ubah kepada suami yang masih senyum sendiri. Senyumannya seakan-akan melenyapkan segala keresahan hati aku tadi. Subahanallah indah sungguh senyumannya. Senyuman yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Adakah itu senyuman kebahagiaan?

Ya, selamat datang ke alam ibu, mama,ummi, mummy, bonda atau apa sahaja panggilan anda untuk anak-anak. Saya tahu anda teruja. Bergitu juga saya di kali pertama saya mengandung. Melihat suami tercinta tidak habis-habis senyum meleret sepanjang hari. Melihat hasil scan yang hanya menampakkan kedipan kecil jantung si comel. Allah, satu nikmat yang tidak dapat disangkal! walaupun saat itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa resahnya bila memikirkan selepas ini macam mana? Kalau perut dah besar? Bersalin?


Itulah pengalaman puan-puan. Yang penting saat ini, perlu puan-puan tahu pengetahuan adalah perkara yang paling berharga. Bagaimana? Kerana jika puan-puan tahu kenapa sesuatu itu terjadi dan bagaimana mengatasinya. In Shaa Allah, kerisauan puan-puan akan berkurang. Bilamana kerisauan berkurang, fikiran puan-puan lebih lapang. Kegembiraan mula mengambil alih bagaikan pelangi selepas hujan. Demi Allah tiada yang lebih baik dari ketenangan fikiran.


Ibu sebagai permulaan kehidupan

Permulaan kehidupan dalah kelahiran dan menjadi sebahagian dari kelahiran itu adalah keajaiban. Ya, keajaiban itu adalah puan-puan sekalian. Siapa sangka kita boleh bertahan dengan kesakitan yang sangat dahsyad itu? Dan seterusnya tersenyum melihat si permata hati. Siapa sangka kita akan dirobek perut ditoreh pisau hanya untuk menyelamatkan satu nyawa baru yang sangat kita cintai. Allahuakbar! Pengorbanan yang besar puan-puan. Pengorbanan yang sangat mulia!


Bukan itu sahaja puan-puan, permulaan kehidupan ini bukan hanya selepas kelahiran. Puan-puan tahu, cinta pertama si manja adalah ibunya. Kerana yang pertama menyusukannya adalah ibu. Yang selalu berdamping adalah ibu. Ya, itulah juga permulaan kehidupan. Saat mereka baru mengenal dunia.


Ilmu sebagai penyuluh kehidupan

Sangat besar tanggungjawab puan-puan sebagai ibu. Dengan itu, untuk menggalasnya perlukan ilmu. Sebagaimana kehidupan, panduannya adalah ilmu. Disini saya akan menghulurkan sebarapa banyak yang saya mampu mengetengahkan tentang kehamilan dan kelahiran berkaitan dengan fizikal besama sahabat-sahabat saya yang berlainan bidang untuk tatapn ilmu puan-puan semua. Semoga dengan percambahan ilmu ini akan memberi kebaikan dan kelebihan buat puan-puan sekalian sepanjang kehamilan dan saat menghadapi kelahiran kelak. In Shaa Allah.


 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page